Apabila dibincangkan hal alat penapis air, soalan yang
paling afdal dikemukakan adalah, “Sekadar mana bagusnya alat penapis air anda
serta kualiti air yang ditapis itu?” Sejajar dengan soalan sebegini, pihak
pembekal alat penapis air mulalah melaung-laungkan berbagai-bagai dakwaan,
termasuklah yang dibayangi ketidakbenaran. Ramai pembekal telah mendakwa betapa
bagus serta sofistikated alat penapis air mereka sehingga adanya segelintir
pihak pembekal yang turut mendakwa bahawa air yang ditapis oleh alat penapis
air mereka itu memiliki kesan ajaib.
Mengapakah hal ini berlaku? Jawapan yang paling mudah
merujuk kepada prinsip pemasaran asas, yakni konsep ‘permintaan dan penawaran’.
Sedangkan pengguna memiliki ilmu sains yang kurang mantap dalam bidang kualiti
air serta proses rawatan air, mereka berkeras untuk menuntut alat penapis air
yang paling moden. Hal ini seterusnya membuka peluang kepada pihak pembekal
alat penapis air untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.
Setiap pakar rawatan air yang tulen memang sedar akan
kebenaran di sebalik alat penapis air. Namun, penjelasan bagi fakta tersebut
sukar dijelaskan dan dibuktikan kepada pengguna yang kurang terdedah kepada
konsep teknikal sistem sebegini.
Umumnya, orang ramai tidak sanggup untuk menerima hakikat
kejam. Biarpun adanya yang lebih bersifat keterbukaan, mereka tetap mendesak
agar penjelasan tersebut dipendekkan lalu hal ini terus membayangi kesahihan
yang lengkap mengenai alat penapis air – yang didedahkan hanyalah serba sedikit
informasi yang mengelirukan.
Pada pendapat saya, orang ramai patut dididik dengan
pengetahuan saintifik yang asas mengenai rawatan air dan spesifikasi kualiti
air yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organisation; WHO), sebelum orang ramai terburu-buru membuat kesimpulan
tersendiri.
Dengan pengalaman yang menjangkau lebih daripada 20 tahun
dalam bidang reka cipta dan penjayaan bagi pelbagai projek rawatan air,
kebanyakannya, di Malaysia, saya telah menimba ilmu pengetahuan serta
pengalaman yang cukup untuk melayakkan saya menyuarakan komen tentang isu-isu
kualiti air yang mampu meninggalkan kesan serius terhadap kesihatan
penggunanya.
Saya berani memperjuangkan bahawa kebanyakan alat penapis
air domestik dalam pasaran Malaysia
adalah bahan penjana karsinogen (agen yang mengakibatkan penyakit kanser).
Sebagai bukti, izinkan saya memimpin anda sepanjang pengenalan kepada
teori-teori sains seta aspek-aspek teknikal mengenai rawatan air yang sebenar.
Klasifikasi bukti bagi alat penapis air penjana karsinogen adalah seperti berikut:-
Klasifikasi bukti bagi alat penapis air penjana karsinogen adalah seperti berikut:-
(1) Teori
saintifik tentang teknologi rawatan air
(2) Analisis
air daripada alat penapis air domestik yang sedia ada
(3) Laporan
statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Teori
Demi memahami teori-teori ini, maksud sebenar karsinogen dan
cara karsinogen dihasilkan perlulah difahami.
Hampir semua pegawai air di medan antarabangsa setuju bahawa karsinogen
utama dijumpai dalam bekalan air yang memacu kadar kanser sedunia ialah
Trihalomethane (THM).
Anda boleh rujuk kepada mana-mana laman web milik pegawai
kesihatan antarabangsa mengenai THM mahupun meneliti halaman yang dipetik
(Lampiran #1) dari laman web Universiti Kebangsaan Malaysia (www.ikm.org.my/mjc5_056_066_MdPauziAbdullah.pdf).
Menurut laporan yang dikepilkan tersebut, adalah dinyatakan
bahawa klorin menimbulkan risiko kesihatan akibat pembentukan karsinogenik atau
sebatian mutagen halo-organik sebagai kesan sampingan pembasmi kuman seperti
THM.
Apabila dirumuskan dengan susunan ungkapan yang lebih mudah
difahami, berikut adalah kesimpulannya;
KLORIN BEBAS + BAHAN
ORGANIK = THM
(cth: Daun reput & bangkai
haiwan) (Karsinogen)
Penjelasan:
-
Klorin bebas ialah gas beracun yang
disuntik ke dalam air di peringkat pusat rawatan bandaran untuk membasmi kuman.
-
Bahan organik ialah sedimen berunsur
organik yang terperangkap, jika diberi masa yang cukup (lebih dari seminggu)
untuk mereput dan larut dalam air.
Dalam
konteks yang sama, THM tidak akan dibentuk sekiranya salah satu daripada dua
elemen ini tidak wujud. Sebaliknya, tahap Klorin Bebas dan Bahan Organik yang
tinggi dalam air akan mengakibatkan peningkatan tahap THM.
Oleh sebab
hanya 2 elemen yang terlibat, adalah tidak mencabar untuk kita meneliti setiap
elemen ini dengan terperinci.
Klorin
Bebas -
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (World Health Organisation; WHO) mengesyorkan bahawa, demi
mencegah infeksi peringkat menengah, sejumlah sisa klorin patut dikekalkan
dalam paip bekalan air sehingga air tersebut sampai ke pengguna.
Sebagai
lampiran, salinan ‘Water Quality Standards and Frequency of Monitoring’ (Lampiran
#2) dikepilkan. Artikel ini telah diiktiraf dan sepatutnya dituruti dengan
tegasnya oleh Jabatan Bekalan Air Malaysia .
Artikel ini
mengesyorkan agar bacaan piawai seharusnya tidak kurang daripada 0.2mg/l bagi
Klorin Bebas dan dan 1.0mg/l bagi Gabungan Sisa Klorin. Salah satu sebab bagi
saranan kandungan Gabungan Klorin yang jauh lebih tinggi berbanding dengan
saranan kandungan Klorin Bebas adalah kerana Gabungan Klorin menghasilkan
jumlah THM yang lebih rendah.
Marilah kita
merenungi situasi yang sebenar. Adakah air paip kita memenuhi syarat yang
disarankan? Jawapannya adalah TIDAK.
Hakikat ini
boleh dibuktikan serta merta dengan menggunakan kit ujian air seperti LOVIBOND
atau PALINTEST.
Saya telah
menghadapi fenomena yang membingungkan suatu ketika dahulu, pada tahun 1993,
apabila saya diberikan tender bagi suatu projek rawatan air untuk Stesen Tenaga
Kapar, Selangor. Demi tujuan reka cipta system dan pengiraan, pihak perunding
projek tersebut perlu menyediakan analisis bekalan air mentah, yakni air paip
bandaran, secara komprehensifnya untuk rujukan pembida.
Seperti yang
diumumkan dalam dokumen tender, (Lampiran #3 – Laporan Analisis Air),
Klorin Gabungan tidak dapat dikesan manakala Klorin Bebas telah dikesan
sebanyak 2.0mg/l, 10 kali ganda lebih daripada tahap piawai.
Dalam nada
yang sinis, pihak perunding lantasnya menyembunyikan ‘tuntutan pelik’
kami secara mengelakkan keputusan laporan tersebut daripada didedahkan kepada
ahli profesional antarabangsa yang lain (tender tersebut adalah terbuka kepada
pembida antarabangsa). Pihak perunding tersebut lebih selesa dengan meletakkan
frasa “dalam wabak” di sebelah jumlah Klorin Bebas yang tercetak.
Tindakan sedemikian telah mengimplikasikan bahawa pihak perunding menganggap
bandar kita telah mengalami pencetusan wabak sepanjang tahun tersebut. Jika
hal ini benar-benar berlaku, jentera kerajaan kita sepatutnya telah digerakkan
untuk mengisytiharkan kecemasan akibat pencetusan wabak. Ataupun... mungkinkah
situasi ini begitu kerap berlaku sehinggakan menjadi sebati dalam kehidupan
harian kita, justeru, tidak lagi menjadi sebuah isu?
Bahan
Organik
Risiko utama
tahap Klorin Bebas yang tinggi adalah jika ia bertindak balas dengan Bahan
Organik, maka gabungan ini membentuk THM (karsinogen utama dalam air).
Disebabkan
jumlah hujan tahunan yang besar, air mentah di Malaysia mengandungi kandungan
bahan organik yang rendah. Asalkan bahan organik tidak dibentuk pada peringkat
penapisan air, Klorin Bebas tidak mampu membentuk THM.
Jabatan
Bekalan Air Bandaran telah mengorak langkah pencegahan agar alat penapis
pasir kekal bersih sepanjang masa. Dengan langkah sedemikian, proses
pereputan sisa organik yang terperangkap tidak akan berlaku dalam alat penapis
air tersebut. Oleh itu, pembentukan bahan organik dapat dikurangkan.
Pihak
pengendali mestilah kerap (disyorkan setiap hari) melakukan prosedur pencucian
filter melalui kaedah *backwash menggunakan pam air berkadar aliran
tinggi yang bersaiz khas. Kecekapan prosedur *backwash ditingkatkan lagi dengan
proses penyentalan udara. Meskipun dengan kehadiran Klorin Bebas, tahap
THM yang dibentuk masih mampu diminimakan. Sila rujuk kepada laporan daripada
UKM (Lampiran #1).
Tanpa
prosedur-prosedur pembersihan alat penapis air yang tertera di atas, adalah amat sukar bagi alat penapis air
domestik untuk mencegah pembentukan bahan organik. Senario sebegini akan
menjurus kepada akibat yang amat buruk, lebih-lebih lagi apabila disertai tahap
Klorin Bebas yang tinggi.
*backwash
- prosedur pencucian alat penapis air yang menterbalikkan aliran air dan
meningkatkan kelajuan air yang dikembalikan melalui penapis. Ini, pada
hakikatnya, akan mengeluarkan zarah yang tersumbat pada penapis.
Analisis
Air
Kaedah
menganalisis sampel air yang diambil sebelum dan selepas pemasangan alat
penapis air adalah kaedah yang paling efektif untuk mengenalpasti kebenaran
teori serta kecekapan alat penapis air tersebut.
Terdapat
banyak parameter yang boleh dianalisa samaada air tersebut sesuai diminum oleh
manusia atau sebaliknya. Namun, analisis sebegini memakan kos yang tinggi serta
sukar difahami tanpa penjelasan daripada pelbagai teori dan sokongan fakta.
Saya memilih
ujian THM kerana THM adalah karsinogen bawaan air yang paling merunsingkan
ahli-ahli pakar air serta pegawai kesihatan sejagat. Lebih-lebih lagi, saya
pernah melibatkan diri secara langsung dalam projek penyingkiran THM untuk
Carlsberg Brewery Malaysia demi memperluas kajian serta pengetahuan saya dalam
subjek ini.
Lampiran
#4: Sijil Analisis yang dikeluarkan oleh M/S: ALS
Technichem (M) Sdn Bhd telah dikepilkan sebagai penjelasan.
Sampel air
telah diambil dari sebuah rumah di Kajang, Selangor, pada Februari 2009. Dalam
kajian kes ini, tuan rumah tersebut telah memasang (1) sebuah alat penapis air
yang popular di salur masuk bekalan air utama serta (2) satu lagi di bawah
sinki dapur.
(1)
Merujuk kepada perkara di atas, tahap THM
sejurusnya meningkat selepas alat penapis air pertama (Diamond Master) dipasangkan
walaupun secara luarannya, air yang ditapis itu kelihatan lebih jernih. Tiada
sesiapa yang menjangka air yang ditapis serta lebih jernih itu sebenarnya
lebih berbahaya (dari segi pencetusan kanser) berbanding air paip mentah
yang keruh. Ujian yang lain pula membuktikan kenaikan tahap THM tersebut
adalah akibat peningkatan tahap organik dalam air (meningkat lebih daripada 2
kali ganda selepas penapisan melalui alat penapis air pertama).
(2) Mujurnya,
rumah ini dipasangkan alat penapis air mudah alih (AquaKitch) yang mampu
membasmi THM serta mengurangkan kandungan THM.
Peringatan:
Walaupun alat penapis air yang kedua
mampu menyelesaikan masalah ini, adalah masih tidak digalakkan pemasangan
sebarang alat penapis air yang menjana toksin.
Pihak pemilik alat penapis air harus
menimba ilmu teknikal
yang serba lengkap mengenai alat penapis air mereka sebelum melibatkan
mana-mana makmal persendirian yang berkelayakan untuk menjalankan ujian air. Di
samping itu, pengambilan sampel air haruslah dilakukan secara profesional;
jika tidak, keputusan laporan akan turut terpesong ataupun kurang tepat.
No comments:
Post a Comment